Tuesday 29 March 2011

Mari Belajar Tajwid

 Waqaf( وقف ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

  •  Waqaf Lazim/ Waqaf Tam.
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )

  • Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) .
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

  •  Waqaf Kafi.
Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( قلي ).

  • Waqaf Tasawi
Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).

  • Waqaf Hasan.
Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya (صلي).

Tuesday 22 March 2011

Ten Tips - Exam Techniques

Tests and exams are a regular part of the school environment. It is important that exams be kept in proportion - they are important, but not the end of the world. Some things can be done to make exams a more valuable, worthwhile and less threatening experience for students.

  1. Have all necessary material with you
    You can't borrow items such as pens, pencils, rulers or special equipment while in an examination.
  2. Have a relaxing night before your exams
    Have an early night, and try to have a healthy breakfast.
  3. Read the entire paper.
    Where you have choices, decide which ones you plan to answer.
  4. Plan your time.
    Spend some time drafting a plan for the questions you choose to answer.
  5. Jot down ideas as they come to you.
    While you are answering one question, information about another may suddenly occur to you. Jot it down somewhere because when you come to that question perhaps an hour later, you may have forgotten it.
  6. Don't leave any questions unanswered.
    If you are short of time, use note form. Remember, you can only be marked on the answers you give.
  7. Never leave the room early.
    If you have time at the end, go over your work, add information (eg in the margin). You can't return if you suddenly remember a fact after you have left.
  8. Do not spend too long on multiple choice questions.
    With multiple choice questions it is best to cover the answers and work out your own before looking at the choices on paper. If you can't answer the question come back to it later - have a guess.
  9. Never omit an entire question.
    No matter how well you answer other questions, you must leave time for all questions - a perfect answer can still only earn a certain number of marks. If you write nothing, you can't receive any marks and you have lost all your marks for a particular question. Write something - it may at least give you a few points.
  10. Maintain a stable energy level.
    Eating foods such as chocolate bars before an exam might give you an energy boost to begin with but your blood sugar levels will drop within an hour and your energy will plunge dramatically, making it hard for you to concentrate.

Saturday 19 March 2011

Kewajipan Seorang Pelajar Terhadap Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Masa sangat penting bagi setiap manusia di dunia ini. Bagi seorang pelajar, dia mempunyai kewajipan yang tertentu terhadap masa yang dianugerahkan kepadanya iaitu:
  1. Pastikan masa yang ada diisi dengan aktiviti yang berfaedah- Pelajar yang cemerlang tidak akan membiarkan masa yang berlaku dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat contohnya melepak di pusat membeli belah, berbual kosong, bermain 'game' dan lain-lain lagi. Pelajar cemerlang akan memastikan masa yang ada dalam sehari dihabiskan dengan aktiviti pembelajaran dan perkara yang mendatangkan faedah kepada dirinya dan orang lain.
  2. Optimumkan masa lapang yang ada- Setiap orang mempunyai masa lapang dan biasanya manusia akan menggunakan masa lapang untuk melakukan perkara-perkara santai yang tidak menyebabkan otak tidak perlu berfikir. Tetapi, pelajar cemerlang akan menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana iaitu melakukan aktiviti yang membantu untuk menyempurnakan matlamat kejayaan yang ingin dicapai. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menyiapkan projek/tugasan, pergi ke kedai buku atau perpustakaan, berbincang dengan kawan-kawan tentang hal-hal pelajaran dan sebagainya.
Sumber:
Dr Hanafi

Friday 18 March 2011

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid merupakan solat sunat yang didirikan ketika memasuki masjid sebaiknya sebelum duduk. Solat ini amat digalakkan dan seseorang itu digalakkan melakukan sunat Tahiyyatul Masjid walaupun ketika kutbah Jumaat sedang dibacakan pada hari Jumaat. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah! (Sahih Muslim)

Tertib Tahiyyatul Masjid

Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

DoasunatTahiyyatulMasjid.gif

yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu"

Niat
Lafaz niat solat Tahiyyatul Masjid adalah

NiatsunatTahiyyatulMasjid.gif

Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Hadis Berkaitan

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: Sembahyanglah dua rakaat!"

 

Pendapat Imam Malik

Pada suatu hari Imam Malik masuk ke masjid selepas Asar di Masjid Nabawi dan terus duduk tanpa terlebih melakukan solat tahiyat masjid. Ketika beliau hendak duduk, seorang budak menyuruhnya mendirikan solat tahiyat masjid. Imam Malik segera bangun dan menunaikan solat tahiyat masjid.
Apabila selesai mengerjakan solat dua rakaat itu, penuntutnya bertanya sama ada pendapat dan pegangannya sudah berubah. Beliau menyatakan pendapatnya tidak berubah, tetapi beliau melakukan solat sunat ketika itu kerana takutkan Allah menggolongkan dirinya dalam golongan mereka yang ingkar pada ayat Quran Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya. (al-Mursalat 77:48)


Permasalahan Mengenai Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azanZuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan solat Tahiyyatul Masjid ataupun Solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid. 



 


MIMPI SEORANG GADIS

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Thursday 17 March 2011

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286


Wednesday 16 March 2011

Tazkirah - Amalan Memurahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Tuesday 15 March 2011

Student Business???

wahhhhh...
sekarang nie banyak subjek2 yang mintak student meniaga...
salah satu nyer kat tempat aku subjek MGM...
asas keusahawanan....
wajib lak tu amek...
ktorang da bahagi2 kumpulan...
tapi sume2 jual makanan...
team aku len sket...
jual bantal kekabu...
memang terbaik laa...
mula2 memang x jangka leh jual...
kalo wat survey pon dak2 nie memang x mau pon blie bantal...
hahaha...
tapi try jer laa...


nie antara nyer...










nie laa ahli2 group kitorang...
jual bantal beb...
hahahaaaah...:)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TEST???????

minggu nie da mula test kedua laa plak...
cam biase dak2 da start study....
aku???
ermmmm....
x der laa study sangat...
last minutes gak......
first test kitaran n da lepas...
ok laa...
ader plak subjek akaun....
memang blur gler laa...
aku x penah pon blajar akaun...
tau2 kene amek.....
study cam ner pon memang x leh masuk nyer laa...
nak salah kan sape pon x tau...
dak2 len pon pelik gak...
fakulti aku kene amek akaun???
memang pelik pon....
1 lagi subjek take home test...
bagi mase 2 minggu...
x siap pon lagi...
x der mase nak wat...
heheheh....:)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

TAZKIRAH RINGKAS : BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..


Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:


FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".



Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh."

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."


Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit."

Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.


Friday 11 March 2011

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.....:)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".
   

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
 
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagiibu itu setiapsatu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memeliharaanaknya yangsakit, maka Allah memberinya pahala sepertimemerdekakan 70 hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnyaseumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkanAllah dan orangyang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan daripasar ke rumahlalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanyaseperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olahdiamemerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusanagama, makaAllah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahuludaripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasabulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia daripintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yanglebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,"Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut,burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuaberistighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya sertamenjaga sembahyangdan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akantertutuppintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidakdihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
 
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atautiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudaraperempuan lalu diabersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka danmendidik merekadengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengansesuatu daripadaanak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.