Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Masa sangat penting bagi setiap manusia di dunia ini. Bagi seorang pelajar, dia mempunyai kewajipan yang tertentu terhadap masa yang dianugerahkan kepadanya iaitu:
- Pastikan masa yang ada diisi dengan aktiviti yang berfaedah- Pelajar yang cemerlang tidak akan membiarkan masa yang berlaku dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat contohnya melepak di pusat membeli belah, berbual kosong, bermain 'game' dan lain-lain lagi. Pelajar cemerlang akan memastikan masa yang ada dalam sehari dihabiskan dengan aktiviti pembelajaran dan perkara yang mendatangkan faedah kepada dirinya dan orang lain.
- Optimumkan masa lapang yang ada- Setiap orang mempunyai masa lapang dan biasanya manusia akan menggunakan masa lapang untuk melakukan perkara-perkara santai yang tidak menyebabkan otak tidak perlu berfikir. Tetapi, pelajar cemerlang akan menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana iaitu melakukan aktiviti yang membantu untuk menyempurnakan matlamat kejayaan yang ingin dicapai. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menyiapkan projek/tugasan, pergi ke kedai buku atau perpustakaan, berbincang dengan kawan-kawan tentang hal-hal pelajaran dan sebagainya.
Sumber:
Dr Hanafi
No comments:
Post a Comment