SEDUTAN KHUTBAH 29 MAC 2013 / 17 JAMADILAWAL 1434H
Nilai keamanan dan kesejahteraan yang dianjurkan Islam
adalah amat sesuai dai ini bersesuaian dengan kedudukan Islam itu sendiri
sebagai agama pembawa rahmat dan kesejahteraan. Kita semua perlu sedar bahawa
Islam bukanlah agama yang mencetuskan keganasan dan perasaan takut atau menyeru
kearah persengketaan dan pertumpahan darah. Sebaliknya Islam menjadi perantara
bagi mengajak semua bangsa kea rah keamanan dan kesejahteraan menyuburkan dan
mengekalkan keamanan adalah amat penting bagi sesebuah masyarakat. Ini kerana:
Pertama: Dapat menjamin kehidupan yang harmoni.
Kedua: Dapat menjadikan kita umat Islam yang dihormati dan
disegani bangsa lain.
Ketiga: Dapat memberikan keselesaan untuk beribadat kepada
Allah SWT tanpa dibayangi perasaan takut dan bimbang.
Keempat: Merialisasikan objektif agama Islam iaitu sebagai
rahmat kepada seluruh alam, samada manusia dan juga makhluk lain.
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw
bersabda:
“Seorang mukmin adalah
dia yang member jaminan rasa aman kepada manusia atas darah dan harta mereka.”
Justeru, untuk merealisasikan keamanan dan kesejahteraan
dalam sesebuah Negara Islam semua pihak hendaklah memainkan peranan bermula dari
peringkat individu, masyarakat dan pemimpin negara bertanggungjawab
melaksanakannya. Ini bermaksud rakyat dan pemimpin semuanya mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang tersendiri.
Sama-samalah kita membantu dan menyokong mana-mana sahaja
pihak yang ingin menjadikan Islam sebagai asas kehidupan ummah. Sekiranya ini
difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan individu, masyarakat dan
dikalangan pemimpin negara, maka insyaAllah kita akan dapat hidup dalam suasana
yang aman dan sejahtera walaupun hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan
fahaman. Maka peliharalah keamanan dan kesejateraan negara kerana ini adalah
tanggungjawab kita bersama.
No comments:
Post a Comment