Friday, 8 March 2013

::GEJALA RASUAH MEMUSNAH NEGARA::




Sedutan Khutbah 08 Mac 2013 / 25 Rabiulakhir 1434H

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 188:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (member rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil ) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padehal kamu mengetahui (salahnya)”.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang member rasuah dan penerima rasuah”.

Antara factor-faktor utama yang penularan gejala rasuah yang perlu diketengahkan supaya dipandang serius oleh semua pihak adalah;

Pertama : factor politik sesebuah negara yang mana dilihat ramai pihak-pihak tertentu berlumba-lumba mencari kekayaan melalui politik, dimana penglibatan mereka di dalam politik bukan bertujuan untuk membela nasib rakyat, akan tetapi sebaliknya mengambil kesempatan dari kuasa dan kedudukan yang diamanahkan untuk mengaut keuntungan dan kekayaan tanpa mengira batas-batas hokum dan undang-undang.

Kedua: factor social sesebuah negara yang mana lemahnya ilmu pengetahuan dan agama menyebabkan iman menjadi lemah serta pegangan terhadap nilai-nilai murni terlalu culas dan longgar. Malah ada sebahagiannya yang menganggap kepentingan untuk hidup mewah menjadi keutamaan tanpa menghiraukan soal halal dan haram.

Ketiga: pengaruh budaya hidup bermewah-mewah dan kebendaan yang keterlaluan. Sehinggakan masyarakat mengabaikan soal halal dan haram dalam memperoleh sumber rezeki.

Dari factor-faktor rasuah yang diutarakan, jelas membuka ruang kepada individu yang terlibat dengan gejala rasuah, memberikan kesan buruk kepada sesebuah negara yang mampu meruntuhkan moral masyarakat dalam negara, menjatuhkan ekonomi, menyebabkan kekayaan negara dibolot dan dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu dan menafikan system demokrasi yang menjamin hak yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment