Sedutan Khutbah 1 Mac 2013 / 18 Rabiulakhir 1434H
Bagi menggambarkan betapa pentingnya umat manusia supaya
berhati-hati terhadap tipu daya syaitan,
Allah menyebut kalimah syaitan sebanyak 86 kali. 68 kali disebut dengan lafaz
mufrad, “Syaitan” dan 18 kali disebut dengan lafaz jamak, “Syayatin”. Tiada siapa
boleh menyangkal peri perlunya setiap muslim menghindari tipu daya syaitan. Pemikir
Islam terkenal, Dr Fathi Yakan pula berkata, bahawa terdapat 7 ruang penyusupan
yg dipergunakan syaitan untuk menyesatkan manusia:-
Pertama: Menerusi sifat marah.
Apabila diri seseorg itu dikuasai oleh perasaan marah, maka
bererti diri telah meminimakan peranan akal. Akal adalah anugerah Allah yg
sangat berguna. Ia perlu dilindungi supaya boleh berfungsi kea rah kebaikan. Apabila
akal di kesampingkan, maka itulah waktu yang sangat menggembirakan syaitan
untuk menguasai diri manusia.
Ketiga: Menerusi Sifat gopoh gapah.
Sifat al a’jalah atau gopoh adalah lawan kepada sifat cermat
dan berhati-hati. Sifat gopoh adalah sangat mudah terdedah kepada tipudaya
syaitan. Ini kerana mereka yg melakukan sesuatu dengan gopoh tidak dapat
membuat penilaian secara rasional menggunakan akal fikiran.
Keempat: Menerusi hasad dengki.
Hasad dengki adalah antara sifat pertama iblis laknatullah
dalam pertembungannya dengan nabi Adam AS. Iblis berasa irihati, sombong dan
takkabur apabila diperintahkan Allah supaya sujud kepada Adam yg lebih junior
daripadanya.
Ketujuh: Buruk sangka terhadap kaum Muslimin.
Buruk sangka ialah sifat buruk yang menyebabkan seseorang
itu sentiasa memandang buruk kepada orang islam yg lain, biarpun tiada petunjuk
dan bukti terhadap keburukan yang didakwanya. Ia juga menyebabkan dia sentiasa
berusaha dan mencari-cari kesalahan orang lain.
No comments:
Post a Comment