Sedutan Khutbah 8 February 2013 /
27 Rabiulawal 1434H
Firman Allah SWT dalam surah
Al-Ahzab ayat 72:
“Sesungguhnya Kami telah
mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan
yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya
(kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh”.
Bermuhasabah adalah suatu perkara
yg amat penting dan menjadi pemangkin dalam kehidupan seorang mukmin dan perlu
disebatikan dalam jiwa sanubarinya kerana kita semua adalah sebagai pemimpin. Bagi
memastikan agar setiap insan bergelar pemimpin tidak terjerumus dalam kemurkaan
Allah maka menjadi keperluan untuk sentiasa bermuhasabah dan menghitung diri
tentang tujuan perlantikan dan matlamat kehidupannya. Sebelum bermuhasabah
perlu untuk setiap kepimpinan mengetahui tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin. Antaranya ialah hendaklah:
Pertama: Memastikan ibadah solat
menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh pimpinannya.
Apabila bermuhasabah maka rukun
utama ini perlu dititik beratkan. Tiada gunanya bermuhasabah seandainya perkara
asas ini diabaikan. Sehubungan itu perlu untuk setiap pemimpin menjadikan solat
sebagai keutamaan dan semoga matlamat dan tujuan dapat dicapai. Solat adalah
doa yg menjadi penghubung secara langsung dgn Allah SWT yg menjadi tiang kepada
agama.
Kedua : Memastikan sumber
pendapatan bersih daripada sebarang sumber yg diharamkan oleh Allah SWT.
Selain dari memahami pentingnya
muhasabah maka kita tidak boleh mengabaikan perkara yg boleh menyebabkan doa
kita di tolak oleh Allah SWT. Pendapatan yg diperolehi akan menjadi sumber
makan minum dan akan menjadi darah daging samaada untuk diri, keluarga juga
seluruh tanggungannya.
No comments:
Post a Comment