sumber: Blog Nur Suaidah
Assalamualaikum :)
Sedar tak sedar, kita sudah masuk hari ke-5 pada tahun 2012 ini.
Agaknya apa yang telah selamat dicatatkan oleh malaikat kiri dan kanan
kita yaa? Ramai diantara kita tidak sedar akan hakikat ini, merasa
seronok melakukan apa sahaja yang hendak dilakukan. Baik mengikut kata
hati penuh nafsu ataupun mengikut akal fikiran yang terbatas. Sedangkan
sudah penuh lembaran amalan pahala dan dosa kita setiap hari.
Melihat kembali ke dalam diri..
Mengenal kembali isi hati..
Apa khabar ruh dan iman..
Apa khabar hari akhir kita...
Muhasabah dan terus muhasabah dan mengingatkan diri bahawa
hidup didunia ini tidak lama. Kita tidak tahu entah bila ajal akan
menjemput kita, boleh jadi sekarang, esok ataupun lusa.
Kita sebagai hamba Allah ada
batas antara satu sama lain. Bukan beerti kita membezakan sesama tetapi
kita menjaga diri kita agar tidak terus hanyut dengan dunia fana ini.
Batas yang kelak akan menyelamatkan diri kita di akhirat dan batas ini
jugalah yang akan buat kita bahagia di 'sana'.
Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah ayah/ibu, adik beradik dan saudara.
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah An-Nuur: 30)
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
...dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (Surah An-Nur: 31)
Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. (Surah Al-Ahzab: 59)
3. Tidak berdua-duaan Diantara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (HR Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (HR Ahmad & Tirmidzi)
4. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Surah Al-Ahzaab: 32)
5. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani)
Sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (HR Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Surah Al-Isra: 32)
Semoga kita sentiasa berada dijalanNya, terus menjaga hati, diri dan akhlak.
Semoga terjaga segala batas-batas yang telah Allah tetapkan, bismillahirrahmanirrahim :)
No comments:
Post a Comment