Sedutan khutbah 11Januari 2013/28Safar 1434H
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“seseorang muslim adalah bersaudara bg muslim yg lain. Maka
ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)”. (Riwayat al-Bukhari)
Perlaksanaan dakwah muallaf perlu dimainkan oleh semua
pihak. Ia bukanlah tugasan yg dipikul oleh agensi atau individu tertentu shj. Ia
menjadi tanggungjawab kita bersama, sama ada NGO, masjid, surau, rakan sekerja,
pasangan hidup, ahli keluarga & pemimpin masyarakat. Sifat peka &
mengambil berat akan kebajikan muallaf perlu dipupuk di kalangan kta semua,
memandangkan ada sebahagian drpd muallaf yg disisihkan oleh keluarga kandung
apbl mengambil keputusan utk kembali kpd fitrah semula jadi kta iaitu Islam.
Masjid dan surau sbg institusi utama dlm masyarakat perlu
memainkan peranan penting dlm tugasan dakwah ini. Dakwah yg sebelum ini byk
menjurus kpd orang awam perlu diperluaskan skopnya kpd muallaf agar mereka
tidak merasa tersisih dalam masyarakat Islam sekaligus membuktikan peranan
sebenar masjid dan surau. Bahkan ada di antara masjid3 yg telah aktif dalam
melaksanakan usaha dakwah ini dgn mewujudkan biro muallaf atau biro dakwah dan
muallaf bagi menjayakan usaha murni ini.
Begitu juga dgn NGO muslim yg ada, perlu bergerak aktif dlm
melaksanakan dakwah ini dgn melaksanakan program dan aktiviti bagi membina kesedaran
dan penghayatan muallaf terhadap Islam. Kepakaran3 tertentu spt bahasa, budaya
dan pengalaman tertentu dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) hendaklan=h dikongsi
bersama muallaf.
Sifat persaudaraan sesame muslim inilah yg harus kita pupuk
dama hidup bermasyarakat tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun paras rupa. Sekiranya
saudara kita ditimpa musibah dan memerlukan pertolongan, maka hendaklah kita
meringankan tulang membantunya. Mungkin pada masa hadapan giliran kita pula yg
akan memerlukan bantuan mereka. Semangat persaudaraan sesame muslim terutamanya
yg melibatkan muallaf di kawasan tempat tinggal kita, hendaklah kita bina atas
dasar keimanan dan ketaqwaan kpd Allah,
bukannya kerana kekayaan, warna kulit, pengaruh dan atas sebab duniawi semata3.
cc: Pusat Islam UPM
No comments:
Post a Comment