::PILIH LELAKI YANG BERAGAMA::
"Ustaz, nak buat macam mana ustaz.
Saya dah kahwin tapi suami saya baca Al-Quran pun TAK PANDAI ustaz."
Isterilah AJARKAN suami,
Allah SWT beri PILIHAN untuk memilih yang terbaik.
Jadi mengapa memilih yang tidak memahami agama?
Yang tidak mempedulikan agama?
Bagi IBU AYAH : "TEST" lelaki itu terlebih dahulu.
Tanya elok-elok bab agama, dah lulus bab agama baru tanya bab yang lain.
"Tolong baca Quran. Surah lain, pakcik nak dengar."
"Jom solat Maghrib berjemaah. Kamu jadi Imamnya."
Bagi WANITA : Jika ingin dapat lelaki yang baik, carilah lelaki yang BELAJAR dan MEMAHAMI agama..
InsyaAllah, pasti bahagia berkekalan.
Bagi LELAKI : Untuk menjadi yang terbaik,
DORONGLAH diri untuk belajar agama dan jika ingin mendapat isteri yang baik,
belajarlah agama kerana lelakilah yang akan menjadi TUNGGAK utama dalam membina KELUARGA SAKINAH yang diredhai Allah SWT.
No comments:
Post a Comment