Thursday, 24 January 2013

::SMART IBADAH::

1.      Garis Masa
Hidup ini umpama 1 garis masa:
 

-          Ini berdasarkan kehidupan sebelum dihidupkan, semasa hidup dan sesudah kematian.
-          Semasa hidup juga kita diberikan banyak ujian untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah yg mana cara penyelesaiannya ialah dengan beribadah kepada Allah.
-          Seperti tertulis dalam surah Al-Mulk :
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk, 2)

1.       Kenapa Kita Diciptakan?
-          Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Surah Al-Zaariyat, 56)
-          Jelas tertulis didalam al-Quran tujuan manusia diciptakan adalah untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah dan beribadah kepada-Nya.

2.       Tiang Utama Ibadah
Terdapat 3 tiang utama didalam beribadah kepada Allah iaitu:
-          CINTA
o   Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azab-Nya (nescaya mereka menyesal) (Surah Al-Baqarah, 165).
o   Sebagai seorang hamba Allah, haruslah kita mempunyai rasa cinta terhadap pencipta kita yakni Allah SWT.
o   Amat rugilah mereka yang mencintakan sesuatu lebih daripada cintanya kepada Allah sedangkan Allah sentiasa menjaga, menyanyangi diri kita dan sentiasa ada ketika kita susah dan senang.

-          TAKUT
o   Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkansebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Surah As-Sajdah, 16)
o   Apabila kita sudah merasai cinta kepada Allah, haruslah kita merasa takut kepada Allah, takut akan dosa3 yg dilakukan, takut akan azab Allah.

-          HARAP
o   Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan isterinya (dapat mengandung). Sesungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebajikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami. (Surah Al-Anbiya’, 90).
o   Dalam kita berasa takut kepada Allah, janganlah kita putus berharap kepada-Nya supaya dijauhkan dari Api Neraka dan digolongkan dari golongan orang3 yang beriman.

3.       Syarat3 Ibadah Diterima
Berbalik kepada tafsiran Surah Al-Mulk ayat 2 :
-          Ikhlas
-          Ittiba’
o   Di dalam beribadah kita haruslah ikhlas kerana Allah.
o   Perbetulkan niat kita didalam melakukan apa jua perkara.
o   Tetapi, ikhlas sahaja tidaklah mencukupi dan haruslah Ittiba’(tepat) yakni kejalan Allah. Sebagai contoh orang yg bukan Islam juga Ikhlas melakukan  ibadah tetapi mereka tidak mengEsakan Allah SWT. Menunjukkan cara mereka salah dan berdosa.
o   Maka disimpulkan setiap ibadah yg dilakukan haruslah Ikhlas dan disertai dengan Ittiba’.

4.       Ibadah Utama
Solat
-          Amalan pertama yang dengannya seseorang hamba dihisab adalah solat (HR anNasai)
-          Jangan terburu-buru dalam melakukan mengejar solat.
-          Akan tetapi sekiranya terlambat menyertai iman teruskan dengan rakaat tersebut.
-          Jangan membaca surah yg panjang dikuatiri jemaah berada didalam kesempitan.
-          Ringkaskan solat jika berlaku permasalahan.

5.       Kunci Utama
IlmuDan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan,dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Surah Al-Isra’, 36)


No comments:

Post a Comment