Tuesday, 8 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI – 9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT::

                 
9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT (PART 1)
               
1. Anda Suka Meluangkan Masa Secara Bersendirian 
 
 - Apabila anda mempunyai peluang untuk berehat, anda lebih suka menghabiskan masa membaca, bermain permainan video, atau hanya mendengar muzik. 

 - Masa yang tenang dan senyap adalah penting untuk kesejahteraan anda. 

 -  Namun pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati pergaulan dan perjumpaan.
               
2. Pemikiran Terbaik Apabila Anda Bersendirian 
 
- Anda tiada tentangan dengan mesyuarat atau perbincangan kumpulan. 

- Tetapi, anda biasanya memerlukan masa untuk memikirkan masalah tersebut secara tersendiri untuk penyelesaian yang kreatif. 

 - Berfikiran secara tersendiri memberi peluang untuk anda fokus pada masalah sebenar. 

 - Anda juga berpeluang untuk menggunakan keupayaan maksimum anda untuk mencipta idea yang original. 

 - Biasanya membolehkan anda menghasilkan keputusan yang dibanggai anda.
                 
3. Anda Menjadi Pemimpin Yang Cemerlang Apabila Pekerja Anda Mengambil Initiatif 
 
 - Ramai mengaggap bahawa introverts yang besifat senyap, tidak dapat menguruskan kerja berpasukan. 

 - SEBENARNYA, dalam keadaan yang sesuai, mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin yang terbaik. 

 - Jika kumpulan tersebut bersedia untuk memimpin diri mereka sendiri, maka pemimpin introvert boleh meningkatkan dan meluahkan potensi mereka dengan berkesan. 

 - Kadang-kadang, anda perlu menjadi rakan kongsi dengan rakan sekerja yang extrovert untuk seimbangkan idea anda.
                   
4. Anda Orang Terakhir Untuk Mengangkat Tangan Apabila Seseorang Meminta Sesuatu Daripada Kumpulan. 
 
 - Ingat lagi tak masa waktu persekolahan, mesti ada rakan yang tangannya akan mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan atau memerlukan seseorang untuk memberikan sumbangan? Rakan-rakan inilah orang extravert. 

 - Extraverts selalunya sentiasa bersedia dan bersemangat untuk menonjolkan diri dalam apa jua keadaan, biarkan akademik ataupun sosial. 

 - Anda mungkin seorang introvert jika anda berpuas hati untuk duduk dan biarkan orang lain mengambil perhatian. 

 - Jangan risau. Ia bukan bermaksud introverts kurang ilmu daripada yang lain, namun mereka hanya tidak merasa keperluan untuk mendapat perhatian itu.
               
5.Orang Lain Selalu Minta Pada Pendapat Anda 
 
 - Introverts jarang menjadi sukarelawan dalam situasi berada di kalangan masyarakat atau kelompok, introverts juga jarang memberi pendapat atau nasihat di tempat yang dipenuhi orang. 

 - Sama ada ia satu perbincangan keluarga di meja dapur atau mesyuarat kakitangan untuk memutuskan bagaimana untuk memasarkan produk baru, orang yang tinggi dalam introvert akan menyimpan pandangan mereka kepada diri mereka sendiri dan membiarkan extraverts mengambil peranan memberikan idea. 

 - Ramai sering bertanya "Apa yang anda fikir?" kerana nasihat anda mungkin memang sangat berharga. 

 - Selain daripada itu, tingkah laku anda mungkin menghantar isyarat kepada orang lain bahawa anda mempunyai keinginan untuk menumpukan perhatian dan fokus pada idea dalaman.
             
Susan Cain : The Power of Introverts
http://www.youtube.com/watch?v=c0KYU2j0TM4
Sumber rujukan :
http://www.psychologytoday.com/blog/fulfillment-any-age/201403/9-signs-you-re-really-introvert
                 
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Monday, 7 April 2014

::PENDAFTARAN KELAS PENGAJIAN KELAS TAALIM AL-QURAN (DEWASA)::

               
Dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti akan membuka pendaftaran baru Kelas Taalim Al-Quran (Dewasa) yang akan diadakan seperti butiran berikut:
             
Hari : a) Isnin (peserta wanita)
- Dewan Khawarizmy, Pusat Islam UPM
           
b) Khamis (peserta lelaki)
- Bilik Mesyuarat, Pusat Islam UPM
           
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang
Tenaga Pengajar : Ust. Muhammad Syahmi bin Rusli (Pusat Islam UPM)
           
Kelas bermula pada 03 April 2014. Sehubungan itu, pendaftaran kelas boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti; http://www.sppi.upm.edu.my/? .
           
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-89468582 (Ustzh Siti Rohani / Ust Mohd Firdaus).
             
Segala kesulitan amatlah dikesali.
           
Sekian, wassalam.
                 
Siti Rohani binti Muhamad
Pusat Islam Universiti
03-89468582

::BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2014::


                   
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah 2014 pada:
                 
TARIKH:       23-24 April 2014 (Rabu-Khamis)
MASA:         8.00 Pagi – 5.00 Petang
TEMPAT:      Masjid, Universiti Putra Malaysia
YURAN:       RM20.00 (sumbangan tabung Masjid)
ANJURAN: Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang.
                 
Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti http://www.sppi.upm.edu.my .
             
Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am, Pusat Islam, UPM atau Mohd Firdaus (03-8946 8582).
               
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742.
               
Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.
               
*Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 18/04/2014 - Harap maklum
               
Mohd Firdaus bin Abd. Rashid
Pusat Islam Universiti
Universiti Putra Malaysia
03-8946 8582

::TAZKIRAH - KEBAHAGIAAN MEMBERI DAN MENERIMA::

                  RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

               
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya: 

Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; 

dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; 

dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga. 

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi )
             
Huraian:
  •         Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
  •         Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.
  •         Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.
  •         Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain.
               
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)


Wednesday, 2 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI - TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG::

               
TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG
          
1. Perhatikan Bahasa Badan
       
· Apabila seseorang bersandar dengan tubuh mereka jauh dari anda, ini menunjukkan bahawa individu tersebut sedang mengalami tekanan.

· Selain itu, jika menyentuh dahi atau menggosok tapak tangan pada paha juga merupakan petunjuk seseorang itu mengalami tekanan.

· Jika seseorang menutup mata mereka untuk seketika (lebih lama daripada yang biasa), mengambil masa untuk membersihkan kerongkong mereka atau meminta untuk mengulangi soalan, tanda ini bermaksud mereka mungkin tengah melengahkan masa.

· Kekurangan atau tidak berpandangan mata, atau berkelip mata dengan berlebihan mungkin tanda-tanda bahawa seseorang itu berbohong atau berada dalam keadaan kebimbangan.

· Kekaburan deskriptif atau suara yang tergetar-getar menunjukkan tanda yang seseorang itu sedang menipu.

· Menyentuh bahagian depan leher bermakna seseorang itu cuba untuk melindungi diri mereka. Ia juga menunjukkan rasa tidak selesa, terutamanya di kalangan wanita.

· Penghembusan nafas yang panjang dan boleh didengari bermakna seseorang itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
                       
2. Banyak Berlatih
 
· Bagi mudah untuk belajar membaca minda ini, perbanyakkan latihan. Dengan adanya latihan ia akan jadi mudah untuk mengesan minda seseorang.
             
3. Masa
 
· Untuk mempelajari ilmu ini perlukan tempoh masa yang panjang. Sukar untuk disempurnakan dalam masa seminggu.
       
4. Dapatkan Maklumbalas
 
· Sentiasa dapatkan maklumbalas tentang ketepatan bacaan anda. Cara ini dapat membantu anda untuk tingkatkan kemahiran membaca minda seseorang.
           
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

03-89471557

::TAZKIRAH - AZAB NERAKA::

               
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

                   

Daripada an-Nu'man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

"Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)".

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
               
Huraian:
  • Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  • Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah.
  • Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
  • Hadis ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.
               
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KAPSUL PSIKOLOGI - TEKNIK UNTUK CEMERLANG HIDUP DALAM UMUR 30-AN::

             
10 TEKNIK UNTUK CEMERLANG HIDUP DALAM UMUR 30-AN (PART 1)
                 
1. Mulakan Simpanan Persaraan SEKARANG
 
-Nasihat ini sering dan biasa didengari. Namun ia amat penting dan menjadi keutamaan anda untuk membayar balik semua hutang dengan secepat mungkin.

-Amalkan menyimpan sedikit duit dari setiap gaji bulanan anda dan wujudkan satu simpan "dana kecemasan" sebagai kemudahan buat anda apabila menghadapi pelbagai isu berkaitan kewangan. 

-Jangan menggunakan duit dengan sewenang-wenangnya. Jangan mudah percaya pada pelabur dan melabur tanpa mengetahui faedah dan kebaikannya.
             
2. Mula Jaga Kesihatan Anda SEKARANG
 
- Amalkan pemakanan seimbang dan senaman demi kesihatan anda.
               
3. Usah Bazirkan Masa Dengan Individu yang tidak menghargai Anda
 
- Usah bazirkan masa anda dengan kekalkan persahabatan yang tidak berbaloi.

- Jauhkan diri anda dari orang yang selalu beremosi negatif.

- Kelilingi diri anda dengan kawan yang membuat anda rasa baik tentang diri sendiri dan berfikiran positif.
             
4. Jaga dan Layan Orang Yang Disayangi Dengan Baik
 
- Jadikan diri anda sebagai individu yang boleh dipercayai apabila kawan anda menghadapi masalah. Jangan sesekali menyalahgunakan persahabatan anda.
             
5. Beri Fokus Pada Beberapa Kemahiran Yang Anda Paling Suka
 
- Anda tidak boleh mahir dalam semua bidang, jadi anda perlu sekurang-kurangnya mahir atau menjadi pakar dalam satu dua perkara.

- Sentiasa ingat matlamat kita dan jangan lupa diri.

- Bina kerjaya anda berdasarkan kemahiran utama anda.

- Abaikan usikan dan kritik orang lain tentang diri anda dan focus dan fahami kelebihan diri anda.
         
Sumber Rujukan :
http://markmanson.net/10-life-lessons-excel-30s

::TAZKIRAH - SI PEMURAH DAN SI BAKHIL::

               

         
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, 

"Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, 

"Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja", 

dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, 

"Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil". 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
                 
Huraian: 
 
Islam menggalakkan umatnya supaya gemar membelanjakan harta dan membenci sifat kedekut (bakhil). 

Harta yang dibekukan oleh seseorang akan dimusnahkan oleh Allah.

Islam melatih umatnya supaya menjadi manusia yang pemurah dan tidak menjadi manusia yang bakhil. 

Berbelanja atau tidak adalah hak seseorang sedangkan pembalasannya adalah hak Allah. 

Harus berdoa untuk orang yang pemurah supaya digantikan apa yang dibelanjakan dengan yang lebih baik daripada apa yang telah dibelanjakan, dan harus berdoa ke atas orang yang bakhil dengan dibinasakan hartanya yang ditahan daripada berbelanja pada jalan yang diwajibkan.

Friday, 28 March 2014

::TAZKIRAH - KEZALIMAN ADALAH DOSA BESAR::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

             

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 

"Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka". 

(Hadis Riwayat Muslim)
               
Huraian:
  • Jauhilah sifat bakhil kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.
  • Umat Islam dilarang zalim menzalimi dan memfitnah sesama mukmin kerana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada membunuh.
  • Rasulullah SAW memberi pringatan kepada umatnya supaya mengeluarkan sedekah dan membelanjakan ke jalan yang halal.
  • Kezaliman adalah antara dosa besar yang akan menyebabkan pelakunya dikenakan azab seksa yang berat diakhirat nanti.
  • Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjerumuskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.
                 
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::TAZKIRAH - ORANG PALING SEMPURNA IMANNYA::

                 
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                     

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

 "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya".

 (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
                 
Huraian:
  • Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.
  • Iman yang sempurna dan akhlaknya yang baik adalah dua faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.
  • Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
                   
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KAPSUL PSIKOLOGI - CARA UNTUK TINGKATKAN DAYA KREATIVITI::

             

           
1.Bina Komitmen
Langkah pertama adalah dengan menumpukan diri sepenuhnya untuk membangunkan kebolehan kreatif anda. Jangan Tangguhkan usaha. Tetapkan matlamat dan dapatkan bantuan orang lain serta tetapkan masa untuk membangunkan kemahiran anda setiap hari.
           
2. Jadi Pakar
Satu cara yang paling baik untuk membangunkan kreativiti anda adalah dengan menjadi pakar sesuatu bidang. Kayakan diri dengan pemahaman topik tersebut akan membolehkan anda lebih berupaya untuk memikirkan penyelesaian sesuatu isu itu dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif.
           
3. Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Daripada mengkritik diri sendiri, adalah lebih baik menggunakan cara memberi ganjaran kepada diri apabila anda ingin tahu tentang sesuatu perkara baru. Beri peluang dan cabar diri anda untuk meneroka topik-topik baru.
             
4. Bina Keyakinan Diri
Tidak berkeyakinan pada diri akan menyekat kebolehan dan perkembangan kreativiti anda. Oleh itu, bina keyakinan diri dengan sentiasa memberi pujian kepada usaha anda dan sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada kreativiti anda.
           
5. Atasi Sikap negatif
Wujudkan pemikiran positif untuk meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir secara kreatif. Hapuskan pemikiran negatif atau kritik diri kerana ia akan mengurangkan keupayaan dan kebolehan anda untuk terus menjadi kreatif.
             
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

03-89471557

Tuesday, 25 March 2014

::Weekend Talk March 29th: "LIVING A PURPOSEFUL LIFE"::


Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Invites you to a Public Talk:
"LIVING A PURPOSEFUL LIFE" by "KAMARUDDIN ABDULLAH"

DATE : March 29th
TIME : 10AM - 12PM
PLACE: Auditorium Menara PNS Tower 7, Bangsar South

** FREE ADMISSION **
** FREE MEDICAL CHECK UP **

Google Maps : https://www.google.com/maps/place/Bangsar+South/@3.1125872,101.6673839,16z/data=!4m2!3m1!1s0x31cc4a2a3ef62df3:0x78486c8bb96a5ae8?hl=ms

::PROGRAM PENDIDIKAN KANSER: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT BERTERASKAN AL-QURAN & SUNNAH::


             
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) akan mengadakan Program Pendidikan Kanser yang bertajuk Amalan Gaya Hidup Sihat Berteraskan Al-Quran & Sunnah bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM pada 17 April 2014 (Khamis) dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
               
Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang merupakan Pensyarah di Jabatan Syariah, UKM dan sering muncul sebagai panel untuk program Tanyalah Ustaz, Halaqah, al-Kuliyyah dan juga Forum Perdana. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UPM, staf dan juga pelajar serta orang awam.
               
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu yang sangat bermakna. Daftar sekarang, sila hubungi Pn Norazrina (03-89472706) untuk mengesahkan kehadiran. Sekian, harap maklum.
               
Mariani Binti Shaari
Social Research Officer
Cancer Resources & Education Center (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor.
Tel/Fax: +603 8947 2706

::BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2014::

                 
Suka cita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah 2014 pada:
                 
TARIKH: 23-24 April 2014 (Rabu-Khamis)
MASA: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
TEMPAT: Masjid, Universiti Putra Malaysia
YURAN:  RM20.00 (sumbangan tabung Masjid)
ANJURAN: Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang.
                     
  • Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti http://www.sppi.upm.edu.my .
  • Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am, Pusat Islam, UPM atau Mohd Firdaus (03-8946 8582).
  • Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742.
  • Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.
  • *Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 18/04/2014 - Harap maklum
                           
    Mohd Firdaus bin Abd. Rashid
    Pusat Islam Universiti
    Universiti Putra Malaysia
    03-8946 8582

::TAZKIRAH - MENCARI KEBERKATAN REZEKI::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                   

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  

Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. 

 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
             
Huraian:
  • Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.
  • Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
  • Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukumNya.
  • Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat.
                     
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

Friday, 21 March 2014

::TAZKIRAH - SABAR MENCERMINKAN KEIMANAN ::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

 "Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang bermaksud: "Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga". 

 (Hadis Riwayat al-Bukhari)
               
Huraian:
  • Sabar adalah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
  • Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk merupakan milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: "Sesungguhnya kami merupakan kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Maksud al-Baqarah :156)
  • Seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu.
  • Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
                   
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KLINIK AL-FATIHAH MASJID UPM::

                   
Pusat Islam Universiti, UPM kini telah mengadakan Klinik al-Fatihah (Jumaat)
                       
Bagi sesiapa yang ingin memperbaiki atau menyemak semula bacaan al-Fatihah, para jemaah boleh mendapatkan perkhidmatan ini di ruang hadapan Masjid UPM berhampiran Kaunter Pengawal Keselamatan. Ia dibuka jam dari jam 12.00 tengahari - 1.00 tengah hari pada setiap hari Jumaat.
                 
Surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. Membaca surah al-Fatihah merupakan sifat solat Nabi SAW dan kesempurnaan bacaan adalah amat penting bagi memastikan bahawa ibadah solat yang dilakukan adalah sah. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang bermaksud:
             
"Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca Faatihatul Kitab" (Al Fatihah)
(Sahih al-Bukhari No. 756)
             
Pusat Islam Universiti, UPM
03-89468582

Tuesday, 18 March 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI - 5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA::

             
KAPSUL PSIKOLOGI
             
5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA
             
1. Ketepikan Masalah Peribadi
Jangan biarkan emosi anda terjejas hanya kerana masalah peribadi. Sebaiknya elakkan pemindahan perasaan atau emosi negatif kepada rakan sekerja.
                 
2. Cipta dan hias Tempat Kerja Seperti Rumah Anda
Hiasi tempat kerja anda supaya kelihatan menarik dan kemas. Pastikan tempat kerja anda mempunyai suasana yang selesa untuk meningkatkan motivasi dan kualiti untuk anda melaksanakan kerja.
               
3. Bina Sistem Sokongan
Eratkan hubungan antara anda dengan rakan sekerja. Ingat! Rakan sekerja merupakan individu yang anda temui setiap hari. Oleh itu, pembinaan sistem sokongan ini amat penting bagi membantu anda untuk berkongsi pendapat dan emosi untuk mengurangkan tekanan yang dialami.
                   
4. Lakukan Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan dan mudah sekiranya anda sudah lama berada dalam posisi yang sama. Alihkan perhatian anda dari skrin komputer setiap 30 minit. Dengan melakukan pergerakan badan dapat meningkatkan pengaliran darah dan akan membantu otak anda untuk terus fokus. Pergerakan yang kerap juga bagus untuk tulang belakang dan juga mata anda kerana ketegangan pada bahagian-bahagian ini boleh menyumbang kepada stress.
               
5. Bersikap Positif
Amalkan sikap positif di tempat kerja dan berikan senyuman anda kepada sekeliling bagi menimbulkan semangat dan keakraban. Di samping itu, dapat membina suasana kerja yang lebih menyeronokkan. 

Sila klik link di bawah untuk menonton video :
https://www.youtube.com/watch?v=Q-GLuydiMe4

               
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
03-8947 1557

::TAZKIRAH - GALAKAN BERSEDEKAH::

Assalamualaikum Wbt,

RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
 
Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. 
 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:

Setiap anggota masyarakat hendaklah mengamalkan konsep berat sama dipikul ringan sama dijinjing di mana atas dasar persaudaraan, seorang saudara tidak akan sanggup dan tidak senang jika melihat saudaranya yang lain ditimpa kemudharatan. Dia tidak akan keberatan untuk membantu sedaya upaya bagi mengurangkan penderitaan mereka yang bernasib malang. Galakan bersedekah merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Bersedekah hendaklah disertakan dengan niat yang ikhlas dan jangan menarik balik sedekah yang telah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: 
 
 "Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." 
 
(Al-Baqarah : 271)

Monday, 17 March 2014

::TAZKIRAH - PENYEBAB MASUK SYURGA::



Assalamualaikum Wbt,
RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 

Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. 

(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:
  • Orang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi.
  • Dari Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud:  " Allah S.W.T merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya". (Hadis Riwayat al-Dailami)
    Pusat Islam Universiti
    UPM

    (SUMBER : JaKiM)